Posts

Salam Perpisahan

Image
Assalamualaikum semua. Sampai setakat sahajalah penulisan blog Pengurusan Pembelajaran KPS 3014. Jangan sedih-sedih macam gambar kat atas tu tau. Ada masa yang kita jumpa lagi ye. Nanti kalau free saya update blog saya ni.  Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Izazol binti Idris yang memberi tunjuk ajar kepada kami semua. Jasa Cik Izazol tidak akan kami lupakan. Sebab Cik Izazol saya dah ada blog sendiri. Hihihihi.    Bersama lecturer tersayang 💕     Bubye semua ada masa ketemu lagi yaaa 👌

BAB 14 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Image
  Assalamualaikum semua. Akhirnya kita sudah ke bab yang terakhir Alhamdulillah... Lepas ni dah boleh nak fokus dekat final. Doakan saya dapat menjawab exam KPS dengan baik tau. Lets' get started guyss.  Apakah anda tahu tentang bilik pembelajaran ? Bilik pembelajaran merujuk kepada tempat berlakunya proses PdP yang melibatkan guru dan murid. Tidak kisahlah dimana pun asalkan ada proses PdP diantara guru dan murid sudah boleh menjadi bilik pembelajaran. Namun begitu bilik pembelajaran haruslah selesa bagi pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Terdapat pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan untuk mengatur susunan bilik pembelajaran seperti saiz bilik darjah, keselamatan, pencahayaan dan pengudaraan dan sebagainya lagi yang akan diterangkan di dalam nota.  Antara jenis-jenis bilik pembelajaran ialah bilik darjah Pembelajaran Abad ke-21, Bilik darjah Multimedia dan banyak lagi yang terdapat di sekolah. Oklah setakat itu sahaja untuk bab 14 ye. Tak nak...

BAB 13 : PENGURUSAN KOKURIKULUM

Image
  Perhimpunan Kokurikulum setiap hari pertama persekolahan minggu ketiga  Assalamualaikum semua. Baiklah kita sudah sampai ke penghujungnya. Ini topik kedua terakhir untuk saya terangkan kepada anda semua.  Seperti yang kita sedia maklum, Kokurikulum ini terbahagi kepada tiga iaitu Unit Badan Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan. Setiap pelajar haruslah mengikuti ketiga-tiga kokurikulum tersebut. Pejumpaan akan diadakan setiap minggu bagi mencukupkan jumlah jam selama 14 minggu. Perjumpaan adalah mengikut sekolah ada juga sekolah yang melakukan perjumpaan koku pada pagi rabu namun ada juga sekolah yang membuat diluar waktu persekolah iaitu pada sebelah petang setelah tamat waktu persekolahan. Tidak kiralah ia dilakukan pada waktu bila yang paling penting jumlah masa cukup. Kihkihkih.  Terdapat pelbagai matlamat kokurikulum antaranya ialah meyeimbangkan antara perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid seperti yang diter...

BAB 12 HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN PERSEKITARAN

Image
  Best kan Ultraman sambut pagi-pagi masa sampai sekolah :)  Assalamualaikum semuaaaa. Pada malam yang hening ini saya nak bercerita tentang hubungan sekolah dengan persekitaran. Dalam konteks ini, ia membawa maksud sekolah menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar dan persekitaran luar bagi memberi manfaat kepada sekolah tersebut. Salah satunya ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Seperti yang kita sedia maklum setiap sekolah mempunyai PIBG. Antara peranan PIBG ialah orang tengah di antara ibu bapa dan guru. Dalam konteks ini, PIBGlah yang menghubungkan guru dan ibu bapa. Mesyuarat PIBG akan diadakan setahun sekali bagi mengumpulkan ibu bapa dan juga guru. Dengan ini, ibu bapa boleh menyuarakan pandangan atau cadangan penambahbaikan bagi sekolah.  Saya tertarik pada pembentangan pada tajuk ini semasa di kelas. Saya terlupa mereka lakukan kajian di sekolah nama tapi saya yang paling ingat adalah sekolah tersebut menjalinkan hubungan dengan Syarikat Aj...

BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Image
Hi semua ! Apa khabar ?   Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali di topik yang baru ini. Hari ni kita akan membincangkan mengenai topik Pengurusan Pelbagai Upaya.  Pelbagai upaya sebenarnya buka tertumpu pada pelajar yang berkeperluan khas akan tetapi ia bermaksud keupayaan pelajar semasa di dalam kelas. Menurut kefahaman saya setelah diajar oleh Cik Izazol setiap pelajar mempunyai keupayaan yang tersendiri dalam memahami sesuatu pembelajaran yang baharu. Contohnya, saya mata pelajaran Matematik di dalam sebuah kelas tingkatan 4. Pada hari  tersebut saya mengajar topik baharu iaitu Bulatan. Setelah mengajar saya meminta pelajar untuk menjawab soalan yang telah saya sediakan berdasarkan topik tersebut. Setelah disemak jawapan terdapat pelajar yang dapat menjawab dengan tepat, hampir tepat dan tidak tepat langsung. Ini dapat mendefinisikan kepelbagaian upaya pelajar dalam kalangan murid normal dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, saya sebagai guru ha...

BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Image
  Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Vanakkam ? Ni hao ma ? Baiklah hari ni kita akan menbincangkan mengenai bab pengurusan pelbagai budaya. Apa yang anda faham mengenai bab ini. Semestinya ia berkaitan dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk yang mempunyai pelbagai kaum. Contohnya, etnik Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak dan pelbagai lagi.  Apa yang kita nak bincang dekat bab ni eh ? Sebenarnya untuk tajuk ni kitaorang bentang dekat kelas KPS 3012 di bawah seliaan Cik Izazol. Saya cerita tentang pengalaman kitaorang kat sekolah yang kami buat kajian ye. Takpe kan cik Izazol ;) Ok lets' started guys.  Kami telah menjalankan kajian di SMK Taman Desa Rawang, Selangor. Kami telah menemubual seorang guru tingkatan 6 di sekolah tersebut. Berdasarkan dapatan kajian kami pelajar-pelajar di sekolah tersebut dapat bergaul di antara satu sama lain walaupun berbeza kaum....

BAB 9 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Image
  Assalamualaikum dan salah sejahtera semua. Sihat ke ? Ada masalah ke ? Kalau ada masalah cer citer kat saya. Mana tau saya boleh tolong ke kalau x boleh tolong pon ringan la sikit masalah yang awak tanggung tu. Tak boleh tau pendam2 bahaya. Kalau ada masalah cerita je dengan siapa yang awak selesa. Kalau tak ada saya boleh pinjam telinga saya mendengar masalah awak-awak semua. Cia cia cia. Hihihhihi. Sudah panjang saya berceloteh sebagai muqadimmah apa tajuk yang akan saya bincangkan pada hari yang hening dan mulia ini.  Hari ni kita akan membincangkan mengenai pengurusan bimbingan dan penasihatan atau lebih dikenali sebagai bimbingan dan kaunseling. Setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru kaunseling. Apakah tugas seorang guru kaunseling ? Macam yang kita tau kalau ada pelajar yang bermasalah je mesti kena jumpa dengan guru kaunseling. Bukan pelajar yang bermasalah je boleh berjumpa dengan guru kaunseling. Terdapat banyak program yang sering dilakuk...