BAB 9 PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

Assalamualaikum dan salah sejahtera semua. Sihat ke ? Ada masalah ke ? Kalau ada masalah cer citer kat saya. Mana tau saya boleh tolong ke kalau x boleh tolong pon ringan la sikit masalah yang awak tanggung tu. Tak boleh tau pendam2 bahaya. Kalau ada masalah cerita je dengan siapa yang awak selesa. Kalau tak ada saya boleh pinjam telinga saya mendengar masalah awak-awak semua. Cia cia cia. Hihihhihi. Sudah panjang saya berceloteh sebagai muqadimmah apa tajuk yang akan saya bincangkan pada hari yang hening dan mulia ini.
Hari ni kita akan membincangkan mengenai pengurusan bimbingan dan penasihatan atau lebih dikenali sebagai bimbingan dan kaunseling. Setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang guru kaunseling. Apakah tugas seorang guru kaunseling ? Macam yang kita tau kalau ada pelajar yang bermasalah je mesti kena jumpa dengan guru kaunseling. Bukan pelajar yang bermasalah je boleh berjumpa dengan guru kaunseling. Terdapat banyak program yang sering dilakukan oleh guru kaunseling. Guru kaunseling sebenarnya tidak terbeban dengan tugas mengajar di sekolah. Mereka hanya menfokuskan bidang bimbingan dan penasihatan sahaja.
Antara program yang sinonim yang sering dilakukan di sekolah oleh unit bimbingan dan penasihatan adalah Mentor Mentee. Dalam program ini setiap pelajar mempunyai seorang Mentor iaitu guru dan pelajar menjadi Mentee iaitu anak kepada Mentor. Ianya sama macam kita di UPSI, kita PA iaitu penasihat akademik sebagai ibu bapa angkat kita di universiti tercinta ini. Pelajar ini boleh berkongsi masalah dengan mentor mereka dan mentor mereka akan cuba sedaya upaya membantu pelajar tersebut sekadar mampu sahaja.
Selain itu, Guru Bimbingan dan Penasihatan ini juga ada melakukan Program Pendidikan Kerjaya. Kalau program ni selalunya ia memanggil universiti awam/swasta untuk melakukan pameran di sekolah bagi menarik minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di Malaysia ataupun luar negara.
Baiklah setakat ini sahaja untuk bab 8 Pengurusan Bimbingan dan Penasihatan. Saya sertakan nota untuk bab ini di bawah :
Comments
Post a Comment