BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Assalamualaikum semua. Apa khabar ? Vanakkam ? Ni hao ma ? Baiklah hari ni kita akan menbincangkan mengenai bab pengurusan pelbagai budaya. Apa yang anda faham mengenai bab ini. Semestinya ia berkaitan dengan kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk yang mempunyai pelbagai kaum. Contohnya, etnik Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak dan pelbagai lagi.
Apa yang kita nak bincang dekat bab ni eh ? Sebenarnya untuk tajuk ni kitaorang bentang dekat kelas KPS 3012 di bawah seliaan Cik Izazol. Saya cerita tentang pengalaman kitaorang kat sekolah yang kami buat kajian ye. Takpe kan cik Izazol ;) Ok lets' started guys.
Kami telah menjalankan kajian di SMK Taman Desa Rawang, Selangor. Kami telah menemubual seorang guru tingkatan 6 di sekolah tersebut. Berdasarkan dapatan kajian kami pelajar-pelajar di sekolah tersebut dapat bergaul di antara satu sama lain walaupun berbeza kaum. Untuk pengetahuan semua, SMK Taman Desa Rawang mempunyai pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Pakistan, Indonesia dan lain-lain. SMK Taman Desa Rawang mengamalkan budaya 1 Malaysia iaitu akan menyambut kesemua sambutan perayaan yang terdapat di Malaysia. Contohnya, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali. Dengan ini, ia dapat mengeratkan hubungan di antara setiap kaum. Selain itu. susun atur ruang tempat duduk adalah amat penting dalam mewujudkan komunikasi di antara setiap kaum di sesebuah sekolah.
Itu sahaja untuk bab ini. Saya sertakan nota untuk bab ini untuk maklumat yang lebh terperinci :
Saya bersama rakan-rakan seperjuangan semasa menjalankan kajian di Smk Taman Desa Rawang.
Comments
Post a Comment