BAB 11 PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

Image result for murid pelbagai upaya kartun
Hi semua ! Apa khabar ?
 
Assalamualaikum semua. Bertemu kita kembali di topik yang baru ini. Hari ni kita akan membincangkan mengenai topik Pengurusan Pelbagai Upaya. 

Pelbagai upaya sebenarnya buka tertumpu pada pelajar yang berkeperluan khas akan tetapi ia bermaksud keupayaan pelajar semasa di dalam kelas. Menurut kefahaman saya setelah diajar oleh Cik Izazol setiap pelajar mempunyai keupayaan yang tersendiri dalam memahami sesuatu pembelajaran yang baharu. Contohnya, saya mata pelajaran Matematik di dalam sebuah kelas tingkatan 4. Pada hari  tersebut saya mengajar topik baharu iaitu Bulatan. Setelah mengajar saya meminta pelajar untuk menjawab soalan yang telah saya sediakan berdasarkan topik tersebut. Setelah disemak jawapan terdapat pelajar yang dapat menjawab dengan tepat, hampir tepat dan tidak tepat langsung. Ini dapat mendefinisikan kepelbagaian upaya pelajar dalam kalangan murid normal dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, saya sebagai guru harus mencarri inisiatif lain untuk mengajar pelajar yang belum sepenuhnya memahami tajuk tersebut. 

Ok mari kita teruskan kepada murid berkeperluan khas. Murid berkeperluan khas bukanlah seseorang yang cacat akan tetapi mereka seseorang yang luar biasa orangnya. Antara contoh murid yang berkeperluan khas ialah Pintar cerdas, Autisme, Disleksia. Secara mata kasar, jika kita melihat mereka ini seperti murid-murid yang normal dari segi fizikal akan tetapi setelah dikesan mereka adalah sangat berbeza dari murid-murid biasa. 

Oleh itu, kita sebagai guru haruslah bersedia untuk menghadapi pelajar-pelajar ini semasa berada di sekolah. Kita haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal tidak lupa terhadap gaya pengajaran kita dalam mengajar anak murid kita supaya anak murid dapat memahami sepenuhnya apa yang akan disampaikan oleh kita. 

Setakat itu sahaja untuk bab ini, saya sertakan nota untuk maklumat yang lebih terperinci :

P/s : Bersesuaian dengan tajuk pengurusan pelbagai upaya ni saya nak selitkan satu video lakonan saya dan rakan-rakan PAKK saya semasa kami sem 2 dulu. Kisahnya pasal kelainan upaya la juga sikit tak banyak la sikit je. Untuk hiburan semata-mata untuk mengelakkan bosan la kalau baca blog saya. Nanti tengok la tau lepas tu jangan lupa like & share :) →  Si Capik Upsi

Comments

Popular posts from this blog

BAB 8 PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 14 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA