BAB 12 HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN PERSEKITARAN


Image result for guru murid ibubapa dan masyarakat kartun 
Best kan Ultraman sambut pagi-pagi masa sampai sekolah :) 


Assalamualaikum semuaaaa. Pada malam yang hening ini saya nak bercerita tentang hubungan sekolah dengan persekitaran. Dalam konteks ini, ia membawa maksud sekolah menjalinkan hubungan dengan masyarakat luar dan persekitaran luar bagi memberi manfaat kepada sekolah tersebut. Salah satunya ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Seperti yang kita sedia maklum setiap sekolah mempunyai PIBG. Antara peranan PIBG ialah orang tengah di antara ibu bapa dan guru. Dalam konteks ini, PIBGlah yang menghubungkan guru dan ibu bapa. Mesyuarat PIBG akan diadakan setahun sekali bagi mengumpulkan ibu bapa dan juga guru. Dengan ini, ibu bapa boleh menyuarakan pandangan atau cadangan penambahbaikan bagi sekolah. 

Saya tertarik pada pembentangan pada tajuk ini semasa di kelas. Saya terlupa mereka lakukan kajian di sekolah nama tapi saya yang paling ingat adalah sekolah tersebut menjalinkan hubungan dengan Syarikat Ajinomoto. Pada mulanya agak pelik dorang asyik sebut pasal Ajinomoto je. Rupa-rupanya sekolah tersebut berdekatan dengan kilang Ajinomoto. Oleh itu sekolah tersebut menjalinkan hubungan dengan Ajinomoto. Antara manfaat yang diperoleh daripada jalinan tersebut ialah pelajar yang berjaya dalam pelajaran akan mendapat biasiswa daripada Ajinomoto. Ajinomoto juga sering datang ke sekolah mereka untuk mengajar cara-cara saya memasak rasanyalah (saya agak kurang fokus pula yang ini tapi yang bab Ajinomoto bagi biasiswa memang betul). 

Akhir sekali, macam yang gambar kat atas tu antara salah satu hubungan sekolah dengan masyarakat kerana memanggil khidmat Ultraman dalam memupuk minat murid-murid untuk suka dan gembira untuk datang ke sekolah setiap hari.  

Setakat ini sahaja untuk bab Hubungan Sekolah dengan Persekitaran. Untuk maklumat yang lebih lengkap, tepat dan terperinci boleh tengok dekat nota di bawah ye :

Comments

Popular posts from this blog

BAB 8 PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 14 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA