BAB 8 PENGURUSAN DISIPLIN

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh semua. Ok hari ni kita mula blog dengan ada gambar. ( Baru belajar dari kawan sebelah nak letak gambar barulah cantik sikit tak bosan sangat ) Ok apa yang anda dapat dari gambar di atas. Dah dapat gambaran kan ? Hari ni I nak bincang tentang topik pengurusan disiplin.
Macam kita semua sedia maklum, cikgu disiplin memang garang bukan setakat garang tapi garang gilossss. Hheheehe. Gurau-gurau :)
Seperti yang kita sedia maklum guru disiplin tugasnya adalah untuk mendisiplinkan murid. Pada zaman yang kian canggih ini, guru disiplin semakin kurang bisanya. Ini kerana ibu bapa pada masa kini terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga guru-guru tidak boleh memarahi anak-anak mereka. Perkara ini adalah sangat berlainan pada masa dahulu, ibu bapa menggalakkan guru memarahi anak mereka jika melakukan kesilapan selagi tidak keterlaluan.
Terdapat banyak salah laku disiplin kalau nak huraikan. Tapi saya tidak nanti saya selitkan nota untuk uolss semua baca. Baiklah siapakah yang bertanggungjawab dekat disiplin sekolah. Semestinyalah pengetua sekolah/guru besar yang berkuasa ke atas guru-guru dan murid di sekolah tersebut. Contohnya, kuasa menjatuhkan hukuman terletak pada tangan guru besar/pengetua barulah guru disiplin.
Saya cuma nak terangkan tentang rekod disiplin murid. Rekod disiplin murid pada masa kini adalah secara atas talian sahaja. Ia dikenali sebagai Sistem Sahsiah Diri Murid(SSDM) ataupun e-PIDP (Sistem Pelaporan Isu Disiplin dan Pendidikan). Ia akan digunakan oleh guru untuk mengisi salah laku yang telah dilakukan semasa di sekolah.
Baiklah sampai di situ untuk bab Pengurusan Disiplin (rasa dah banyak dah kot membebel kat bab disiplin ni). Saya tutup dengan cerita disiplin saya ye. Bacalah tau ;)
Saya ingat dulu masa saya sekolah agama, kuku saya panjang lupa nak potong lepas tu ustazah check, dia marah saya lepas tu ketuk tangan saya pakai pemadam papan hitam yang kayu. Sakittt.... Tapi itulah yang mendisiplinkan saya supaya akan ingat akan potong kuku apabila ingin ke sekolah. Itu baru namanya disiplin.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bab Pengurusan Disiplin :
hi boleh saya tau karikatur tu kredit kepada siapa ya ?
ReplyDelete