BAB 7 PENGURUSAN SUMBER

Assalamualaikum semua.... Bertemu kembali kita di hari yang mulia setelah lama tidak 'mengupdate' refleksi saya ini. Maklumlah minggu akhir memang busy dengan assignment semua kan ? Ini baru ada masa nak update semula. Ok jom kita mulakan. 

Apakah yang anda semua mengenai pengurusan sumber ni ? Ok macam yang kita semua tau sumber merupakan suatu benda yang amat berharga bukan. Ok kalau macam dekat sekolah apakah sumber yang ada ? Salah satu yang kita paling tahu adalah pusat sumber sekolah. Pusat sumber sekolah menyimpan pelbagai sumber buku yang menjadi rujukan bagi kita seorang pelajar di sekolah. Siapakah menjaga pusat sumber ? Saya ingat lagi masa saya sekolah di Tingkatan 6 dahulu, cikgu menjaga pusat sumber sangat garang setiap kali masuk memang kena senyap tidak boleh dengar suara sikitpun. 

 Ok selain dari pusat sumber, pengurusan sumber yang juga termasuklah Bilik SPBT dan Bilik ICT. Seperti yang kita sedia maklum SPBT merupakan singkatan daripada Skim Pinjaman Buku Teks. Ia merupakan buku teks yang kita pinjam semasa bersekolah dahulu. Bilik SPBT selalu mempunyai guru SPBT yang menguruskan dan dibantu oleh Pengawas SPBT. Bilik SPBT merupakan tempat untuk menyimpan semua jenis buku teks di sekolah.  

Seterusnya, bilik ICT merupakan bilik yang menyediakan kemudahan komputer kepada pelajar bagi tujuan pembelajaran. Namun begitu, untuk memasuki Bilik ICT memerlukan kebenaran dari guru dan memiliki jadual yang telah ditetapkan. 

Itu sahaja untuk bab Pengurusan Sumber. Di sini saya sertakan link untuk maklumat yang lebih terperinci ya. 

Comments

Popular posts from this blog

BAB 8 PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 14 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA