BAB 5 PENGURUSAN MURID
Assalamualaikum semua. Ok hari ni kita sambung dekat bab 5 ye ? Saya terlepas pandang haritu. Tertinggal pula bab pengurusan murid ni. Ok let's started guysss.
Orait seperti yang kita sedia maklum setiap sekolah mempunyai murid bukan. Akan tetapi siapakah yang akan menguruskan murid-murid ini ? Ok pengurusan murid terletak pada tanggungjawab Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM). GPK HEM lah yang akan menguruskan kemasukan dan maklumat peribadi murid-murid. Saya ingat lagi masa saya berpindah dari sekolah di SMK Labuan (WP Labuan) ke SMK Taman Seri Kluang (Johor), ayah saya berurusan dengan GPK HEM SMK Taman Seri Kluang iaitu Cikgu Hasmi bin Ali. Dalam konteks ini, GPK HEM akan perpindahan dan kemasukan murid ke sekolah tersebut. Jadi beliau akan tahulah sebab apa murid itu berpindah ke situ sama ada sebab baik atau buruk. Hihihi. Siapa yang faham akan faham siapa yang tidak faham tu senyap-senyap je tau :P.
Ok untuk rekod maklumat murid macam mana pula ? Untuk maklumat setiap tahun akan dikemas kini. Kalau siapa yang ada adik tahulah. Setiap awal tahun cikgu pasti akan memberi borang untuk diisi oleh ibubapa tentang maklumat murid, ibu bapa dan sebagainya. Apabila guru sudah mendapat balik borang tersebut guru ini akan 'menkey-in' data tersebut ke dalam Analisis Pangkalan Data Murid (APDN). Maklumat ini adalah sangat penting apabila berlakunya kecemasan di sekolah. Contohnya, apabila seorang murid ini pengsan semasa di sekolah, APDN adalah satu sumber untuk mencari nombor telefon ibu bapa murid tersebut.
Ok sampai situ jela untuk bab ini, yang selebihnya boleh baca kat nota yang saya sertakan di bawah ye:).
Comments
Post a Comment