BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum gais. Bertemu kembali bersama saya. Okay gais kita sambung ke bab yang kedua ya ;)  

Antara rumusan yang dapat saya simpulkan dari bab 2 ialah :

Interaksi ini merujuk kepada satu jalinan di antara guru dan pelajar. Interaksi terbahagi kepada tiga jenis iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua-hala dan interaksi kumpulan. Interaksi sehala merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru iaitu guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat. Interaksi dua pula merujuk kepada penyertaan murid dalam Pengajaran&Pembelajaran melalui interaksi guru-murid. Contohnya, guru bertanya kepada murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Yang terakhir interaksi kumpulan merujuk kepada interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid. Dalam konteks ini, guru bertindak sebagai fasilitator manakala murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi antara satu sama lain. 
 
Habis setakat itu untuk topik berkaitan interaksi saya akan sambung ke topik berkaitan sosialisasi. 

Sosialisasi membawa maksud proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Sosialsasi terbahagi kepada tiga jenis iaitu primer/permulaan, sekunder/penyertaan dan resosialisasi. Jenis primer/permulaan merujuk berlaku dalam keluarga iaitu kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor dan sebagainya. Seterusnya, jenis sekunder/penyertaan berlaku di luar lingkungan keluarga. Ia berlaku pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa. Yang terakhir, resosialisasi merupakan proses individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai sedia ada. 

Itu sahaja rumusan untuk bab 2. Harap anda semua boleh memahami apa yang telah saya tuliskan ye :) 

Link : https://drive.google.com/open?id=1v3vQPN2RVNT4noeyfjj6G9Sy73qHxbE3

Comments

Popular posts from this blog

BAB 8 PENGURUSAN DISIPLIN

BAB 14 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BAB 10 PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA