BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Hai semua ! Apa khabar ? Okay hari ini saya akan memberi sedikit rumusan tentang bab 1 dalam subjek KPS 3014 (Pengurusan Pembelajaran) iaitu Sosiologi dan Pembelajaran. Okay mari kita mulakan :)
Apakah yang dapat dirumuskan dengan Sosiologi dan Pembelajaran ?
Secara keseluruhannya, Sosiologi membawa maksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002). Perspektif Sosiologi terbahagi kepada dua iaitu Mikro dan Makro. Mengikut kefahaman saya mikro merujuk kepada bersifat kecil dan individu manakala makro bersifat besar, kompleks, dan berfokuskan masyarakat/organisasi. Terdapat beberapa teori yang dapat kita pelajari dari topik ini iaitu Teori Interaksionisme, Teori Fungsionalisme dan Teori Konflik. Teori Fungsionalisme membawa merujuk kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarkat. Apabila terdapatnya perbezaan dalam sesuatu masyarakat maka timbulnya konflik. Oleh itu, timbullah Teori Konflik. Untuk menyelesaikan konflik maka timbullah Teori Interaksionisme yang menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat. Sosiologi pendidikan merujuk kepada kajian yang sistematik dan saintifik mengenai interaksi manusia dengan masyarakkat dari pelbagai sudut. Dalam konteks ini, semasa di sekolah guru menjadi agen yang mengubah sosiologi pelajar yang telah diterapkan semasa dirumah dan diubah semasa berada di sekolah. Dengan ini, maka terjadilah sosiologi pendidikan.
Itu sahaja rumusan untuk bab 1. Kita jumpa di bab yang seterusnya. :)
Link : https://drive.google.com/open?id=1JI-2PHVnFG4ENBhjOwmWEXJtPa7EK_9c
Itu sahaja rumusan untuk bab 1. Kita jumpa di bab yang seterusnya. :)
Link : https://drive.google.com/open?id=1JI-2PHVnFG4ENBhjOwmWEXJtPa7EK_9c
Comments
Post a Comment