Posts

Showing posts from November, 2018

BAB 3 KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum semua. Ok hari ni kita teruskan lagi dengan bab 3 ya. ;) Setelah dirumuskan apa yang saya dapat dalam bab 3 ialah : Pada bab ini ia hanya menerangkan tentang tugasan yang perlu kami jalankan iaitu kami perlu membuat kajian di sekolah. Bagi kumpulan saya, kami menerima tajuk pengurusan pelbagai budaya. Okay saya akan terangkan dulu mengenai definisi pengurusan kemudian baru saya akan senaraikan tajuk-tajuk kajian kami. Pengurusan membawa maksud satu proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Antara kajian pengurusan dan pembelajaranyang perlu kami jalan kajian ialah : Kepimpinan dan Organisasi di Sekolah Pengurusan Murid Pengurusan Bilik Darjah  Pengurusan Sumber  Pengurusan Bilik Pembelajaran  Pengurusan Disiplin  Pengurusan Bimbingan/Penasihatan Pengurusan Pelbagai Budaya Pengurusan Pelbagai Upaya  Pengurusan ...

BAB 2 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Assalamualaikum gais. Bertemu kembali bersama saya. Okay gais kita sambung ke bab yang kedua ya ;)   Antara rumusan yang dapat saya simpulkan dari bab 2 ialah : Interaksi ini merujuk kepada satu jalinan di antara guru dan pelajar. Interaksi terbahagi kepada tiga jenis iaitu interaksi sehala/pasif, interaksi dua-hala dan interaksi kumpulan. Interaksi sehala merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru iaitu guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat. Interaksi dua pula merujuk kepada penyertaan murid dalam Pengajaran&Pembelajaran melalui interaksi guru-murid. Contohnya, guru bertanya kepada murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid. Yang terakhir interaksi kumpulan merujuk kepada interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid. Dalam konteks ini, guru bertindak sebagai fasilitator manakala murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi antara satu sama lain.  ...

BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

Hai semua ! Apa khabar ? Okay hari ini saya akan memberi sedikit rumusan tentang bab 1 dalam subjek KPS 3014 (Pengurusan Pembelajaran) iaitu Sosiologi dan Pembelajaran. Okay mari kita mulakan :)  Apakah yang dapat dirumuskan dengan Sosiologi  dan Pembelajaran ? Secara keseluruhannya, Sosiologi membawa maksud kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002). Perspektif Sosiologi terbahagi kepada dua iaitu Mikro dan Makro. Mengikut kefahaman saya mikro merujuk kepada bersifat kecil dan individu manakala makro bersifat besar, kompleks, dan berfokuskan masyarakat/organisasi. Terdapat beberapa teori yang dapat kita pelajari dari topik ini iaitu Teori Interaksionisme, Teori Fungsionalisme dan Teori Konflik. Teori Fungsionalisme membawa merujuk kepada fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarkat. Apab...

Selamat datang ke teratak blog saya :P

Image
Terima kasih uolss sudi menjengah ke blog saya ini.  My beloved family <3